PBRS, MCA sokong pelantikan Hishammuddin

801

24 OKT: Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) membuktikan gabungan itu sentiasa mempunyai wawasan dalam mengetengahkan kepimpinan terbaik demi negara.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup berkata, Hishammuddin merupakan seorang yang amat berpengalaman dengan mempunyai rekod pencapaian kepimpinan tinggi serta pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Kami yakin dengan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin sebagai Bendahari Agung BN.

“Ini merupakan suatu perkembangan positif bagi BN yang sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, MCA turut menyatakan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Negeri itu yang dilantik sebagai Bendahari Agung BN menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon kepimpinan dan pengalaman Hishammuddin sebagai pemimpin kanan UMNO diyakini berupaya membantu mengukuhkan struktur organisasi pentadbiran BN.

“MCA berikrar akan memberikan kerjasama penuh dan berganding bahu dengan Datuk Seri Hishammudin serta kepimpinan BN bagi terus memperkasakan lagi BN agar memberikan perkhidmatan sebaik mungkin kepada rakyat Malaysia.

“Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Tengku Adnan di atas jasa dan peranan beliau sepanjang menyandang jawatan berkenaan,” katanya dalam satu ciapan menerusi Twitter MCA. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.