Malaysia tak akan jadi negara diktator

347

24 OKT: Darurat tidak akan membawa kepada pemerintahan diktator disebabkan Proklamasi Darurat COVID-19 yang membolehkan pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) , Shahir Adnan berkata, darurat diperlukan bagi membolehkan kerajaan sedia ada fokus kepada usaha memutuskan rantaian COVID-19 dan meredakan suhu politik negara.

”Dalam tempoh ini, adakah negara menjadi negara diktator? Jawapannya sudah tentu tidak.

“Ramai yang tidak menyedari bahawa sejarah membuktikan darurat yang diisytiharkan pada 1969 dan tamat pada 2012, beberapa ordinan dikekalkan dan digunakan oleh kerajaan dalam pendakwaan dan pentadbiran,” katanya, hari ini.

SHAHIR ADNAN

Dalam pada itu, Shahir memberitahu, walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menumpukan masa, tenaga dan keringat untuk membendung penularan wabak COVID-19.

“Sikap ahli politik yang tidak habis berpolitiking termasuk menghadap Yang di-Pertuan Agong tanpa bukti kukuh dan jelas untuk menukar kerajaan ketika penularan COVID-19 masih meruncing.

“Politiking sebegini telah menyebabkan kestabilan politik negara tergugat. Tidak dapat dibayangkan jika negara kita mempunyai tiga Perdana Menteri dalam tempoh setahun. Implikasinya adalah besar kepada sektor ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Shahir berkata Pilihan Raya Umum (PRU) adalah langkah yang bakal membahayakan seluruh rakyat Malaysia dan meranapkan ekonomi negara jika dilakukan pada masa ini.

“Namun, DPIM yakin dengan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, yang sememangnya terkenal dengan pemimpin yang prihatin akan nasib rakyat dan menjunjung kasih dan kebijaksanaan baginda dalam menentukan hala tuju negara.

”Mudah-mudahan negara kita segera keluar dari dugaan dan cabaran wabak COVID-19. Kestabilan politik melalui Pilihan Raya Umum bakal dilaksanakan apabila COVID-19 reda.

”Buat masa sekarang, fokuskan kepada usaha menangani COVID-19. Rakyat perlu didahulukan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.