Cukup-cukuplah bertelagah – Dr Noor Hisham

12,147

24 OKT: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru meminta orang ramai agar tidak bertelagah antara satu sama lain dan perlu bersatu dalam memerangi COVID-19.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar mengambil iktibar daripada apa yang berlaku daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

“Petugas barisan hadapan bertahan berada di lapangan selama 24/7 dalam tempoh 10 bulan sebelum ini. Keletihan dari segi mental dan fizikal.

“Ada yang hampir menyerah. Tolonglah ambil iktibar daripada PRN Sabah dan jangan ulangi lagi,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook miliknya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham sebelum ini meminta rakyat Malaysia bersama dan berusaha sedaya upaya untuk sekali lagi melandaikan lengkung penularan pandemik di negara ini.

“Ia adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi dalam memerangi COVID-19.

“Hilang keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan mata pencarian. Bersama-sama kita mengubah sesuatu yang mustahil kepada kejayaan melandaikan lengkung sekali lagi,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.