Seremban, Kinabatangan diisytihar zon merah

8,458

23 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua lagi daerah iaitu Seremban dan Kinabatangan dikategorikan sebagai kawasan zon merah, semalam.

Menurut KKM dalam Facebook rasminya, dua daerah itu merupakan kawasan zon merah terbaharu selepas mencatatkan lebih 40 kes positif COVID-19.

Kedua-dua kawasan itu diklasifikasikan sebagai zon merah, menjadikan jumlah keseluruhan zon merah kini berjumlah 28 kawasan dengan 16 daripadanya di Sabah.

KKM melaporkan terdapat 50 kes positif COVID-19 di Seremban, Negeri Sembilan dan 42 kes di Kinabatangan, Sabah.

Kota Kinabalu kini mencatat tertinggi kes positif COVID-19 dengan 1,582 kes diikuti Semporna 971 kes, Sandakan (747), Tawau (962), daerah Timur Laut, Pulau Pinang (402), Tuaran (444), Petaling dengan 481 kes, Lahad Datu (558),

Lokasi-lokasi lain adalah Papar (245), Klang (185), Penampang (222), Putatan (208), Kota Belud (103), Seberang Perai Selatan (115), Larut Matang Selama (76), Hulu Langat (172), Gombak (117), Labuan (110), Kunak (101), Kuala Langat (97), Ranau (52), Keningau (60), Beaufort (51), Kudat (98) dan Titiwangsa (43).

Sementara itu, daerah Kota Setar mengalami pengurangan drastik dengan hanya 272 kes direkodkan sehingga semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.