PM beredar selepas lebih dua jam di Istana Abdulaziz

480

23 OKT: Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan Istana Abdulaziz Kuantan pada 7.10 malam tadi, selepas berada di situ selama lebih dua jam.

Terdahulu, Muhyiddin yang dipercayai hadir bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di pekarangan istana pada 4.40 petang tadi.

Memetik laporan Bernama, turut serta ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Juga kelihatan beberapa buah kenderaan rasmi milik kerajaan negeri Pahang, namun tidak dapat dipastikan siapa yang menaiki kenderaan terbabit.

Difahamkan konvoi kenderaan yang membawa Perdana Menteri akan terus ke Pangkalan Tentera Udara Kuantan untuk menaiki pesawat pulang ke ibu negara.

Pada pagi tadi, Muhyiddin dilapor mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa terutama COVID-19.

Turut dilihat memasuki pekarangan Perdana Putra pagi tadi ialah kenderaan yang membawa Affendi.

Pelbagai spekulasi berlegar ketika ini sama ada oleh pihak media mahu pun warganet mengenai keputusan mesyuarat berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.