Hishammuddin dilantik Bendahari Agung BN

466

23 OKT: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.

Hishammuddin yang juga Menteri Luar menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang akan terus menjalankan tugas selaku Bendahari UMNO Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi kenyataan media hari ini.

“Rombakan kecil dalam kepimpinan BN itu dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN.

“Perlantikan itu dibuat setelah berunding dengan Presiden-Presiden parti dalam komponen BN,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tengku Adnan atas segala jasa dan peranannya selaku Bendahari Agung BN.

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Hishammuddin dan mengharapkan agar amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan sebaiknya.

“Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya,” katanya. – Oleh-AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.