Amanah besar digalas dengan ikhlas – Hishammuddin

628

23 OKT: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganggap pelantikan beliau sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) sebagai amanah besar yang mesti digalas dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ahli Parlimen Sembrong itu menerima pelantikan tersebut atas dasar tanggungjawab serta penghormatan yang tidak berbelah bahagi terhadap setiap parti komponen BN.

“Insya Allah, saya akan berusaha sedaya upaya membalas kepercayaan ini demi kepentingan BN terutama dalam usaha mengukuhkan kepercayaan rakyat.

“Saya berdoa, agar segala urusan dalam memikul amanah ini dipermudahkan Allah SWT. Ameen ya rabbal alameen,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Hishammuddin yang juga Menteri Luar sebagai Bendahari Agung BN yang baharu.

Hishammuddin menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang akan terus menjalankan tugas selaku Bendahari UMNO. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.