Kerja dari rumah: Majikan tak boleh potong gaji

165

22 OKT: Majikan tidak boleh memotong sebarang bayaran gaji pekerja setelah diarahkan oleh kerajaan untuk bekerja dari rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata menegaskan bahawa bayaran gaji adalah seperti biasa dan majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahunan ataupun mengambil cuti tanpa gaji.

“Perkara ini selaras dengan perintah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Namun begitu, majikan boleh berbincang dengan pekerja dalam apa jua tindakan serta keputusan yang diambil demi kepentingan bersama,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Saravanan memaklumkan jika orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melalui talian 03-8886 2352 / 03-8886 2409 / 03-8888 9111. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.