SPRM kunci mulut isu Addy Kanna, Alvin

2,147

21 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘kunci mulut’ berhubung pendedahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, bahawa tangkapan ke atas lelaki yang dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong [email protected] yang masih dalam buruan polis adalah tiada kena mengena dengan kegiatan penipuan atau Macau scam di Malaysia.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi PN BBC enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan terbaharu dikeluarkan Huzir, semalam.

“No comment. Tanya Huzir lah,” katanya ringkas.

Semalam, polis menafikan video mengenai perbualan telefon antara dua lelaki yang kononnya mangsa dan dalang penipuan tular sejak minggu lalu ada kaitan dengan dua individu terbabit dalam sindiket ‘cuci duit’.

Huzir berkata, segala butiran perbualan dua lelaki terbabit dianggap boleh mencetuskan suasana tidak aman di negara ini.

“Tangkapan ke atas lelaki yang dikenali sebagai Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong @ Alvin yang melarikan diri dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, 11 Oktober lalu tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau scam di negara ini.

“Sebaliknya kedua-dua mereka adalah koordinator atau ejen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet kepada warga negara yang diupah oleh sindiket penipuan antarabangsa didalangi oleh rakyat China,” katanya.

Huzir berkata, pusat panggilan yang beroperasi dari unit kediaman mewah dan pejabat ini akan menjalankan operasi harian dengan mensasarkan rakyat di negara China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (forex) dan penipuan pembelian barang, terbabit kes, tuntutan barang seperti scam. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.