Semua diseru buat gencatan atas nama Perdamaian Nasional

84

21 OKT: Pergerakan Pemuda UMNO menzahirkan kesyukuran apabila kepimpinan tertinggi UMNO mengambil pendirian melakukan gencatan politik.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketetapan ini seperti mana suara Pemuda UMNO bagi memastikan agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat yang ketika ini gelisah akibat hambatan ekonomi dan dampak negatif daripada pendemik.

“Sekali lagi Pemuda UMNO menegaskan sudah tiba masanya semua ahli politik tidak kira parti mana sekalipun melakukan gencatan politik atas nama Perdamaian Nasional untuk memikirkan solusi terbaik bagi mensejahterakan kepentingan rakyat.

“Inilah saat terbaik untuk kita sama-sama mengetepikan perbezaan fahaman politik dan memberi tumpuan kepada Agenda Perdamaian Nasional atau National Reconciliation,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi hari ini mengumumkan pendirian UMNO untuk melakukan gencatan politik dan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat yang terkesan akibat COVID-19 dan ekonomi.

Selain itu, UMNO mengambil pendirian mendokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik COVID-19 serta kegawatan ekonomi.

UMNO menerusi Mesyuarat Biro Politik miggu lalu mengumumkan sedang menimbangkan untuk menarik sokongan kepada Kerajaan PN selain memberikan syarat baru untuk meneruskan sokongan kepada kerjasama politik itu.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, rundingan mengenai syarat baru UMNO itu sedang berjalan antara pimpinan tertinggi negara dan PN dengan pemimpin UMNO.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.