Logo rasmi Belanjawan 2021 dilancar

81

21 OKT: Kementerian Kewangan melancarkan logo rasmi Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen pada 6 November ini.

Reka bentuk logo itu menggabungkan tiga elemen iaitu ungu sebagai warna utama, motif corak batik serta Jalur Gemilang.

Logo tersebut turut memaparkan huruf dan angka yang berciri moden, profesional dan ringkas.

“Rasional logo dilampirkan bersama dan panduan penggunaan boleh diperolehi dalam laman sesawang belanjawan2021.treasury.gov.my,” katanya Kementerian Kewangan dalam kenyataan media.

Belanjawan 2021 mempunyai tiga matlamat utama yang bertujuan melindungi, memulih dan menjamin kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan serta ketahanan ekonomi. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.