UMNO Perlis tolak DAP, tolak Anwar

187

20 OKT: UMNO Perlis tetap dengan pendirian memegang prinsip ‘tolak DAP, tolak Anwar’ dan sentiasa menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihaknya akan sentiasa memberi dokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kami menyokong kerajaan PN dan menggesa usaha berterusan memperkasakan Muafakat Nasional (PN). Pendaftaran perlu disegerakan.

“Pegang prinsip Tolak Anwar, Tolak DAP dan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassim sebagai Perdana Menteri,” katanya melalui hantaran Facebook miliknya, malam tadi.

Shahidan yang juga merupakan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) memberitahu pihak sentiasa menyokong segala usaha kerajaan dalam menangani wabak COVID-19.

Pada masa yang sama, beliau berharap kerajaan melanjutkan tempoh moratorium hingga akhir tahun ini yang sangat diperlukan oleh rakyat khususnya mereka yang terlalu memerlukan.

“Kena pastikan bantuan makanan tiba pada waktunya bagi kawasan yang terjejas dan diharap tidak ada pemberhentian kerja.

“Justeru, kerajaan perlu wujudkan peluang pekerjaan terutamanya kepada orang muda,” katanya.

Shahidan juga berharap agar kerajaan tegas membanteras pendatang asing tanpa izin disebabkan kehadiran mereka banyak menjejaskan peluang kehidupan rakyat tempatan. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.