Bas ditimbus tanah runtuh, 16 maut

91

19 OKT: Sekurang-kurangnya 16 penumpang terbunuh selepas bas mereka naik mereka ditimbus tanah runtuh di kawasan pergunungan utara Pakistan, semalam.

Memetik laporan AFP, ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Rawalpindi ke bandar Skardu.

Maklumat itu disahkan oleh seorang pegawai kanan kerajaan Pakistan, Anas Iqbal dalam satu kenyataan.

“Tanah runtuh di Tungus Skardu menyebabkan 16 penumpang bas tertimbus di bawah runtuhan,” jelas kenyataan berkenaan.

Kesemua mayat mangsa dalam kemalangan itu telah ditemukan oleh pasukan penyelamat.

Pakistan merupakan antara negara yang mencatatkan rekod terburuk kemalangan jalan raya.

Pelbagai pihak mendakwa keadaan jalan yang teruk, penyelenggaraan kenderaan yang tidak teratur dan pemanduan berbahaya menyumbang kepada insiden kemalangan maut.

Kawasan pergunungan utara di negara itu mempunyai rekod kemalangan yang sangat mengerikan.

Difahamkan, jalan yang tidak berturap di sepanjang tebing sering menjadi lokasi kemalangan maut sejak bertahun-tahun lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.