11 jam berbincang, Armenia-Azerbaijan setuju gencatan senjata

29

18 OKT: Armenia dan Azerbaijan bersetuju melaksanakan gencatan senjata bermula tengah malam ini sebagai usaha baharu untuk menghentikan pertempuran selama hampir tiga minggu di wilayah Nagorno-Karabakh yang menjadi rebutan.

Gencatan senjata itu dicapai selepas serangan peluru berpandu tentera Armenia mengakibatkan 13 orang terbunuh termasuk kanak-kanak di Ganja, Azerbaijan.

Ini adalah percubaan gencatan senjata kedua Azerbaijan dan Armenia bagi menghentikan pertempuran yang mengorbankan ratusan nyawa sejak 27 September lalu.

Persetujuan itu dicapai semalam selepas 11 jam perbincangan dipengerusikan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov di Moscow.

Keputusan itu capai selepas Lavrov berbincang menerusi telefon dengan rakannya dari Armenia dan Azerbaijan serta menekankan kedua-dua negara perlu mematuhi gencatan senjata yang dipersetujui di Moscow Sabtu lalu.

“Republik Armenia dan Republik Azerbaijan bersetuju untuk gencatan senjata kemanusiaan pada 18 Oktober,” kata Kementerian Luar Armenia, semalam.

Kementerian Luar Azerbaijan turut mengesahkan tindakan itu dalam kenyataan yang sama.

Jurucakap pemimpin pemisah Karabakh, Vahram Poghosyan, berkata pihaknya akan menghentikan serangan mulai tengah malam ini.

Beliau berkata, jika Azerbaijan mematuhi gencatan senjata, pihak berkuasa Karabakh akan membuka ‘laluan kemanusiaan’ untuk tentera Azerbaijan yang dikelilingi tentera pemisah.

“Keadaan di kawasan bergolak kembali tenang,” kata Poghosyan di Facebook miliknya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.