Segera siasat lelaki hina Agong, PM

347

17 OKT: Satu laporan polis dibuat terhadap seorang individu yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakan tersebut diambil oleh seorang individu yang dikenali sebagai Afiq Mohd yang mendakwa telah membuat laporan tersebut bersama seorang rakannya, Faizul Hafiz Hisham.

Afiq berkata, penghinaan itu harus diambil tindakan undang-undang yang keras kerana telah menghina institusi raja-raja Melayu di negara ini.

hina Agong
Afiq dan Faizul Hafiz telah membuat laporan polis.

“Kami membuat laporan untuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan ke atas video tersebut.

“Di mana saya merasakan sebagaian pernyataan di dalamnya menghina insititusi raja-raja Melayu di Malaysia,” katanya.

Dalam rakaman video yang tular itu, lelaki tersebut mengeluarkan penghinaan terhadap Seri Paduka sehingga mengundang kemarahan netizen.

Video yang yang berdurasi 1:32 saat itu memaparkan lelaki itu mengeluarkan perkataan “Kalau saya dapat Perdana Menteri, empat hari cukup, empat hari cukup. Satu, terbang semua topi-topi raja Melayu. Tak perlu ada raja-raja lagi.

Selain itu, beliau turut menyatakan “Kasi buat 100 peratus negara demokrasi. Tak perlu kita ada Raja Malaysia, makan gaji tiada kerja, tax dia orang makan, tax rakyat juga.” – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.