5 lagi kluster baharu

41

17 OKT: Sebanyak lima kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini iaitu Kluster Teduh, Menara, Keladi, Sentral dan Bah Bemban.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Teduh melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah.

Menurut beliau, kes indeks bagi kluster tersebut iaitu kes ke-13000 telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari daerah yang berisiko tinggi iaitu Semporna pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 10 lagi kes positif COVID-19,” katanya dalam sidang media secara langsung melalui Facebook, hari ini.

Sehingga 17 Oktober 2020, jam 12 tengah hari, sejumlah 535 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dan 524 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Menara pula melibatkan daerah Gombak, Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat di Selangor; daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Kuala Lumpur; daerah Larut, Matang dan Selama di negeri Perak serta Putrajaya.

Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-16041 telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 32 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, jam 12 tengah hari, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 33 kes dikesan positif COVID-19, 33 individu negatif dan 114 individu masih menunggu keputusan.

Bagi Kluster Keladi, ia melibatkan daerah Klang di Selangor dan kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-17381 telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 25 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif COVID-19, 74 individu negatif dan tujuh individu masih menunggu keputusan.

Kluster keempat iaitu Kluster Sentral dikenal pasti di Kepong, Cheras dan Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-18676 yang juga merupakan kes kematian ke-176, telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kematian di sebuah pusat perubatan pada 16 Oktober 2020.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 135 individu telah disaring, di mana lima kes dikesan positif COVID-19, 122 individu negatif dan lapan individu masih menunggu keputusan.

Kluster terakhir iaitu Kluster Bah Bemban melibatkan daerah Dungun di Terengganu dan Kota Kinabalu di Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-12082) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 222 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dan 210 individu negatif. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.