UMNO, Bersatu mula rundingan

4,132

16 OKT: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, menzahirkan rasa gembira kerana UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah memulakan rundingan bagi menyelesaikan isu berbangkit.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN) berkata, proses rundingan berkenaan berjalan lancar dan MN akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan pelbagai isu.

“Saya gembira mendapat tahu wakil UMNO dan Bersatu sudah pun memulakan rundingan. Begitu juga dengan PAS. Insya-Allah Isnin ini, MN bermesyuarat.

“Semuanya dalam suasana ‘anak beranak’. Kita doakan segalanya dipermudahkan Allah SWT,” katanya dalam ciapan Twitter, malam tadi.

annuar musa
ANNUAR MUSA

Selasa lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan bahawa parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional (PN).

UMNO juga akan memberi syarat baharu kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.