MCA konsisten tak sokong Anwar

37

16 OKT: MCA tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sama sekali walaupun Presiden PKR itu mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, partinya kini memberi tumpuan bagaimana untuk membantu kerajaan sedia ada dalam mengekang penularan COVID-19 serta memacu semula ekonomi negara.

“Biro Politik MCA telah berbincang dan telah mengambil keputusan, kalau pun Anwar mempunyai sokongan yang cukup, MCA tetap tidak akan menyokong atau bersama beliau untuk menubuhkan kerajaan.

“Itu ketetapan yang akan diambil oleh MCA untuk tidak menyokong Anwar,” katanya, hari ini.

CHONG SIN WOON

Dalam pada itu, Sin Woon berkata, berkenaan dengan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara tersebut masih belum dibawa dalam perbincangan Biro Politik MCA.

Beliau menegaskan pendirian MCA tetap berhubung sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak berubah.

“Seperti saya katakan, keputusan yang telah kita ambil adalah kita tidak akan menyertai Anwar dalam pembentukan kerajaan baharu.

“Saya berharap agar sebarang ketetapan yang akan dibuat oleh UMNO mengambil kira pandangan dan semangat permuafakatan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.