Kejam! Janin dalam rahim ibu direnggut

80

16 OKT: Seorang wanita disyaki membunuh seorang ibu yang sarat mengandung dan mengeluarkan janin dari rahim mangsa.

Memetik laporan AFP, Taylor Parker yang berusia 27 tahun kini ditahan atas tuduhan membunuh dan menculik di sebuah penjara di Texas, Amerika Syarikat.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak AS$5 juta (RM20.8) juta semalam.

Menurut pihak berkuasa Oklahoma, suspek ditahan pada 9 Oktober lalu selepas dia memberitahu polis bahawa dia baru sahaja melahirkan bayi yang tidak bernafas.

Parker mendakwa dia melahirkan bayi di tepi jalan dan dia kemudian dibawa ke sebuah hospital.

Pihak hospital seterusnya mengesahkan bayi terbabit meninggal dunia.

Mangsa, Reagan Simmons-Hancock ditemukan mati di sebuah bandar di Oklahoma dan bayi didapati tidak lagi berada dalam rahimnya.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira 20 kilometer dari tempat Parker ditahan polis.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.