Bayaran BPN 2.0 mulai 26 Oktober

153

16 OKT: Seramai 10.6 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dari kategori isi rumah dan individu bujang akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 26 Oktober ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran fasa pertama BPN 2.0 melibatkan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion.

Beliau turut mengumumkan bahawa permohonan baharu BPN 2.0 telah dibuka mulai semalam hingga 15 November bagi membantu golongan mudah terjejas baharu yang layak.

Tengku Zafrul
TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

“Bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baharu akan dibuat dalam kadar segera.

“Bagi mereka yang diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekali gus pada Januari 2021,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tengku Zafrul menambah, pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada soalan lazim yang dimuat naik di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut atau untuk membuat permohonan.

Beliau turut menasihatkan rakyat agar berhati-hati dengan scammer yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan BPN 2.0.

“Penerima disarankan untuk merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberi maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali,” jelasnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.