MB Kedah tak terbabit pembelian Vellfire – SADA

233

15 OKT: Syarikat Air Darul Aman (SADA) menafikan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor terbabit dalam keputusan syarikat itu membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire seperti yang tular di media sosial.

Pegawai Perhubungan Awam SADA, Anas Aidi Md Rozai berkata, pembelian MPV bernombor pendaftaran KEP 5000 itu diputuskan pihak pengurusan untuk kegunaan rasmi syarikat.

“Kami ingin menjelaskan pembelian kenderaan itu diuruskan mengikut prosedur perolehan SADA dan diputuskan pengurusan syarikat.

“Menteri Besar juga tiada kaitan dengan keputusan syarikat untuk membeli kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Sanusi Md Nor

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan Menteri Besar yang juga Pengerusi SADA menerima kereta baharu Toyota Vellfire berwarna hitam bernombor pendaftaran KEP 5000.

Kenderaan terbabit dikatakan berharga kira-kira RM300,000 dan memiliki spesifikasi tinggi bagi model berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.