Anak Presiden Trump positif COVID-19

24

15 OKT: Selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan isteri, Melania dijangkiti COVID-19, anak bongsu mereka pula kini dlaporkan dijangkiti virus berkenaan.

Melania mengesahkan Barron Trump positif COVID-19 dalam kenyataan yang dimuat naik dalam blog Rumah Putih, semalam.

Menurut beliau, anak lelaki bongsunya itu dikesan positif COVID-19 kira-kira dua minggu lalu walaupun sebelum itu, ujian menunjukkan Barron negatif.

“Kami sangat lega apabila keputusan ujiannya negatif, namun seperti yang difikirkan oleh ramai ibu bapa sejak beberapa bulan lalu, saya daapat berhenti daripada memikirkan apa yang akan berlaku esok?

“Kebimbangan saya menjadi nyata apabila dia menjalani ujian sekali lagi dan keputusannya, positif,” katanya.

Melania memberitahu, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang simptom dan mereka bertiga meluangkan masa bersama.

Beliau turut mengesahkan hasil ujian terkini mendapati Barron telah sembuh dari COVID-19. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.