ADUN Kunak disah positif COVID-19

377

15 OKT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif menjadi pemimpin politik terbaru yang disahkan positif COVID-19.

ADUN Parti Warisan Sabah (Warisan) itu kini sedang menerima rawatan di hospital selepas ujian saringan kali kedua semalam didapati positif.

Memetik satu hantaran di Facebook beliau, pegawainya memaklumkan:

“Norazlinah kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu,” .

Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom COVID-19.

Norazlinah sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19.

Ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Oktober lepas.

Berdasarkan hantaran di Facebook beliau, Norazlinah menghadiri majlis angkat sumpah ADUN Sabah enam hari lalu bersama 73 ADUN yang lain termasuk empat ADUN lantikan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor tidak menghadiri majlis berkenaan selepas disahkan positif.

Sebelum ini beberapa ADUN Pakatan Harapan (PH) dan pemimpin BN turut disahkan positif virus itu selepas pulang dari berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung 26 September lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.