Suspek rogol beramai-ramai diheret ke mahkamah

118

14 OKT: Seorang lelaki yang merupakan suspek utama dalam kes rogol beramai-ramai seorang wanita di tepi jalan raya di Lahore, Pakistan didakwa di mahkamah, hari ini.

Memetik laporan AFP, insiden tersebut mencetuskan kemarahan rakyat Pakistan dan mereka menganjurkan tunjuk perasaan di seluruh negara tersebut.

Wanita terbabit mendakwa dia dirogol di hadapan dua anaknya selepas keretanya kehabisan minyak dekat timur Lahore, September lalu.

Demonstrasi meletus apabila ketua polis Lahore menyalahkan mangsa kerana memandu sendirian.

Mahkamah Lahore memerintahkan suspek, Abid Ali Malhi yang diberkas semalam ditahan.

Rekod polis menunjukkan lelaki itu mempunyai 10 kes jenayah lain.

Seorang lain suspek, Shafqat Ali masih dalam tahanan dan polis menyatakan dia mengaku melakukan jenayah berkenaan.

Berikutan kes itu, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan meminta pelaku jenayah sexual digantung di khalayak ramai dan dimandulkan melalui proses kimia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.