China import 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia

19

14 OKT: China bersetuju untuk membeli sebanyak 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berikutan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi di Kuala Lumpur, semalam.

“China setuju membeli minyak sawit Malaysia dan produknya sebanyak 1.7 juta tan hingga tahun 2023.

“Saya yakin, ini bukan sahaja membawa kepentingan kepada ekonomi dan Felda, tetapi lebih utama ia bakal memberi manfaat kepada peneroka di seluruh negara. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya.

Dalam mesyuarat berkenaan, China menyatakan komitmen untuk menggalakkan perusahaannya meningkatkan jumlah import minyak sawit dan produk lain yang dihasilkan Malaysia.

Mesyuarat dua hala Malaysia dan China itu turut membincangkan tentang Memorandum Persefahaman berhubung kerjasama pasca COVID-19 dan mewujudkan jawatankuasa tertinggi mengenai kerjasama berkenaan yang dipengerusikan Menteri Luar kedua-dua negara.

Selain itu, China menyatakan komitmen untuk berkongsi vaksin COVID-19 mereka sebaik sahaja ia berjaya dibangunkan dan menyenaraikan Malaysia sebagai negara penerima utama. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.