Bekas SU Politik suspek kes rasuah RM5 juta

180

14 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa seorang bekas Setiausaha Politik Menteri ke mahkamah kerana dipercayai terbabit dengan kes rasuah kira-kira RM5 juta berhubung tender projek di sebuah kementerian.

Menurut sumber, suspek iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an itu akan berdepan dengan beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 15 Oktober 2020.

“Individu berkenaan juga dijangka didakwa satu lagi pertuduhan berasingan di Mahkamah Shah Alam pada 23 Oktober ini atas kesalahan yang sama dengan beberapa pertuduhan lagi.

“Suspek dipercayai telah membantu syarikat kontraktor mendapatkan projek kementerian terbabit dan menerima suapan daripada beberapa individu menerusi beberapa transaksi kewangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi mengesahkan tiga lagi pegawai kanan agensi di bawah kementerian berkenaan juga akan didakwa dalam masa terdekat atas kesalahan menerima rasuah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.