Agong terima menghadap Muhyiddin Mesyuarat Pra-Kabinet

453

14 OKT: Walaupun ibu negara dan Selangor kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), urusan kerajaan berjalan seperti biasa termasuk Mesyuarat Pra-Kabinet dan Mesyuarat Kabinet.

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena mesyuarat Pra-Kabinet secara sidang video di Istana Negara.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Perkara itu dikongsi dalam akaun Facebook Istana Negara.

Muhyiddin pula kemudiannya mempengerusi Mesyuarat Kabinet yang turut diadakan secara maya.

Perdana Menteri kemudian berkongsi gambar mesyuarat berkenaan di Facebook beliau.

Sebelum ini, tujuh anggota Kabinet dilaporkan menjalani kuarantin di rumah berikutan menjadi kontak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ser Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr Zulkifli turut sama menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya lebih seminggu lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.