Keputusan SPMU diketahui 19 Oktober

31

13 OKT: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) akan dikeluarkan Isnin ini.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, calon akan menerima keputusan masing-masing melalui pos atau mendapatkan slip di Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.

Menurut kenyataan itu, semakan keputusan SPMU 2020 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888.

“Semua calon perlu menaip SPMUNoKPAngkaGiliran, sebelum menghantar SMS terbabit ke talian 15888.

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi, 19 Oktober dan tamat pada jam 6 petang, 26 Oktober,” kata kenyatan itu.

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di http://sppat.moe.gov.my/semakan/.

Seramai 6,301 calon menduduki peperiksaan berkenaan di seluruh negara.

Ia menawarkan tiga subjek iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.