Demi rakyat, PN mesti dipertahankan

165

12 OKT: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dipertahankan bagi memastikan segala usaha membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan kononnya sudah cukup sokongan untuk membentuk kerajaan baharu dilihat telah mewujudkan ketidak stabilan politik yang memberi kesan kepada kerajaan.

“Perkara ini menyebabkan tumpuan kerajaan dan rakyat teralih daripada sepatutnya menyelesaikan isu negara kepada pergolakan politik yang mendatangkan keson kepada ketidakstabilan politik dan memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Ini menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu dan jatuh bila ada ura-ura kerajaan akan bertukar. Perkara ini hanya membuang masa yang memberi risiko tinggi kepada ekonomi dan pelaburan negara,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini.

Anwar pada 8 Oktober lalu mengumumkan bahawa beliau sudah mendapat perkenan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 13 Oktober ini.

kamarul zaman yusoff
KAMZRUL ZAMAN YUSOFF

Anwar berkata, pada majlis mengadap tersebut, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang diumumkan sebelum ini.

Kenyataan Anwar itu mencetuskan spekulasi sama ada beliau akan meneruskan komplotnya walaupun dakwaan kononnya sudah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen masih dipersoalkan pelbagai pihak.

Kamarul Zaman yang juga merupakan Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) berharap agar siasatan teliti dapat dilaksanakan segera oleh pihak polis susulan laporan yang dibuat oleh beberapa Ahli Parlimen yang menafikan sokongan terhadap Anwar.

“Kalau betul-betul tidak berlaku tindakan paling tegas perlu dikenakan terhadap pihak yang cuba melakukan huru-hara apatah lagi membabitkan penipuan kepada bukan orang sebarangan tetapi Yang di-Pertuan Agong.

“Di samping penipuan ini telah mendatangkan kestabilan politik dan ekonomi negara maka banyak pertuduhan boleh dibuat. Tindakan (Anwar) ini satu tindakan yang tidak betul yang perlu diatasi oleh kerajaan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.