Bangunan runtuh: 7 maut, 20 cedera

56

12 OKT: Tujuh mangsa disahkan terbunuh dan 20 lagi cedera dalam kejadian bangunan runtuh di Obalende, Lagos, Nigeria semalam.

Memetik laporan The Nigeria Voice hari ini, ramai mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan tiga tingkat itu.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Lagos (LASEMA), Dr Femi Oke-Osanyintolu mengesahkan bahawa tujuh mayat telah dikeluarkan dari runtuhan setakat ini.

Beliau berkata, 10 mangsa yang cedera ringan telah dirawat dan dibenarkan pulang.

Selain itu, 10 lagi mangsa yang cedera parah telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Oke-Osanyintolu memberitahu, tujuh mangsa yang maut terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita.

“Bangunan itu sebenarnya telah disita oleh LASBCA namun pemiliknya memulakan operasi tanpa kebenaran pada awal pagi Ahad.

“Kegiatan itu menyebabkan insiden yang mengakibatkan ramai yang hilang hanya dan cedera,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.