Amiruddin Satar dilantik Pengarah Besar Felda

52

12 OKT: Bekas Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd., Datuk Amiruddin Abdul Satar dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa 15 Oktober 2020.

Unit Komunikasi Korporat Felda dalam satu kenyataan, hari ini berkata, Amiruddin yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Henley Business School, University of Reading, United Kingdom mempunyai pengalaman 31 tahun dalam bidang kewangan dan perniagaan.

Amiruddin Abdul Satar

“Sebahagian besar karier korporat beliau adalah bersama KPJ Healthcare Bhd dengan khidmat terakhir beliau di syarikat tersebut adalah sebagai Presiden dan Pengarah Urusan.

“Felda yakin kehadiran Amiruddin sebagai Pengarah Besar yang baharu akan membawa kesinambungan kepada usaha pemulihan dan transformasi Felda yang ketika ini berada pada landasan yang tepat,” demikian menurut kenyataan itu.

Amiruddin menggantikan Datuk Dr Othman Omar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.