Madrid terpaksa diisytihar darurat

37

10 OKT: Kerajaan Sepanyol mengumumkan perintah darurat selama 15 hari di ibu kota negara itu yang mempunyai lebih empat juta penduduk susulan peningkatan kes COVID-19.

Pengumuman itu bagi membolehkan pihak berkuasa menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan di Madrid.

Sebelum ini, perintah tersebut diisytiharkan pihak berkuasa namun ditarik balik selepas mahkamah pada Khamis lalu membenarkan permohonan pihak berkuasa tempatan Madrid yang mencabar arahan berkenaan.

Susulan keputusan berkenaan, kerajaan mengumumkan perintah darurat sekali gus memberikannya kuasa untuk menguatkuasakan semula sekatan pergerakan berkenaan.

Kira-kira 7,000 polis akan memantau penguatkuasaan sekatan berkenaan.

Perintah itu akan meliputi 4.5 juta orang penduduk di Madrid dan kawasan sekitarnya termasuk Fuenlabrada, Getafe and Leganés.

Madrid sebelum ini pernah dikenakan sekatan pergerakan pada Mac lalu.

Sepanyol kembali mencatatkan peningkatan kes baru COVID-19 yang menyaksikan kira-kira 5,000 kes dilaporkan semalam.

Ini sekali gus menyebabkan kerajaan negera itu terpaksa kembali menguatkuasakan sekatan pergerakan ke atas rakyatnya – langkah yang kurang popular bagi sebahagian penduduk.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.