Dua lagi Ahli Parlimen UMNO tolak komplot Anwar

1,116

10 OKT: Semakin ramai Ahli Parlimen daripada UMNO yang sebelum ini dikaitkan dengan kemungkinan bakal bertukar ‘angin’ dan menyokong komplot Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu, tampil menafikan penglibatan mereka.

Terbaharu, dua Ahli Parlimen daripada UMNO iaitu Ramli Md Noor (Cameron Highlands), dan Datuk Jalaluddin Alias (Jelebu) turut menyangkal dakwaan yang mengaitkan mereka, kononnya berpihak kepada Anwar.

Ramli Md Noor berkata beliau sama sekali tidak terlibat langaung memberi sokongan terhadap pembentukan kerajaan baharu di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang tular, baru-baru ini.

Ramli Md Noor

Menurut beliau, ini kerana dalam kesepakatan yang telah dicapai dalam UMNO, tiada Anwar dan DAP sebagai kerajaan.

“Saya menyatakan dan menegaskan bahawa saya bukanlah salah seorang yang akan mengikuti beliau (Anwar) untuk menubuh kerajaan baharu ini.

“Kami UMNO dengan jelas menyatakan tidak akan terlibat seoerti yang dinyatakan ini.

“Tidak ada DAP dalam kerajaan dan tidak ada anwar dalam kerajaan,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Sementara itu, Jalaluddin menyifatkan kerajaan baharu yang dicanang oleh Anwar, hanyalah sebuah angan-angan Ahli Parlimen Port Dickson itu dan berharap agar tidak ada pihak yang percaya dengan dakwaannya.

Jalaluddin Alias

“Ingin saya jelaskan bahawa saya sebagai ahli parlimen jelebu menyokong kekuatan pengurusan ikatan PN dan MN,”katanya.

Terdahulu, Ketua Pembangkang itu semalam mengesahkan dirinya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 13 Oktober ini.

Beliau memyatakan pada majlis mengadap tersebut beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang diumumkan sebelum ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.