Tugas berat buat Dr Aliakbar

94

8 OKT: Tugas berat menanti, Setiausaha Badan PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan selepas dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah mulai hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pelantikan berkenaan juga satu amanah dan tanggungjawab yang cukup berat untuk ditunaikan.

“Alhamdulillah. Tahniah seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS Sabah. Pelantikan ini adalah satu amanah yang cukup berat. Maka, laksanakanlah dengan penuh tanggungjawab.

Dr Aliakbar Gulasan

“Pelantikan ini juga adalah satu penghargaan Ketua Menteri dan barisan Kabinet Negeri Sabah yang baharu. PAS yakin beliau mampu menggalas serta menyumbang sesuatu yang bermakna kepada rakyat dan pembangunan negeri Sabah. Insya-Allah. Selamat berkhidmat!”

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata demikian dalam kenyataan disiarkan menerusi laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Aliakbar adalah salah seorang daripada enam ADUN (Dilantik) yang mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri Sabah, pagi tadi.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ni, PAS tidak meletakkan calon untuk bertanding bagi memberi laluan kepada sekutu-sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.