Harimau baham 8 manusia buruan paling dikehendaki

284

8 OKT: Seekor harimau yang setakat ini sudah membaham lapan penduduk di sebuah kampung sejak dua tahun lalu kini menjadi haiwan buruan paling dikehendaki pihak berkuasa India.

Memetik laporan AFP, pegawai perhutanan Maharashtra, NR Praveen berkata, pihaknya cuba menangkap harimau berkenaan menggunakan bahan pelali tetapi gagal.

Dalam kejadian terbaharu, seorang warga emas mati dibaham harimau tersebut Isnin lalu ketika mencari kayu api di hutan berdekatan Khambada.

Statistik rasmi kerajaan India menunjukkan seramai 225 mangsa dilaporkan terbunuh akibat serangan harimau sepanjang tempoh 2014 hingga 2019.

Haiwan buas itu dipercayai bertindak agresif ekoran pencerobohan habitatnya oleh manusia.

Dilaporkan, lebih 200 ekor hariman mati dibunuh pemburu haram atau terkena renjatan elektrik dalam tempoh 2012 hingga 2018.

Pihak berkuasa India berjaya menangkap seekor harimau yang dipercayai membunuh tiga orang pada Jun lalu.

Haiwan itu kemudian ditempatkan di sebuah zoo di Madhya Pradesh.

Kerajaan India turut melaporkan jumlah harimau di negara berkenaan meningkat kepada 2,967 ekor pada 2018 berbanding 1,411 ekor pada 2006.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.