Selangor buat rombakan exco, lima portfolio baru

292

7 OKT: Kerajaan Negeri Selangor, mengumumkan rombakan kecil portfolio dan struktur baharu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang berkuat kuasa serta merta mulai hari ini.

Rombakan itu menyaksikan kewujudan lima portfolio baharu itu ialah Pembudayaan Inovasi & Smart Selangor (nama asal: Sains, Teknologi dan Inovasi; ditambah komponen baharu Smart Selangor), Pengurusan Bencana, Pemberdayaan Pekerja, Perpaduan serta Industri Halal sejajar dengan perubahan dan keperluan semasa kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata rombakan berkenaan dibuat susulan pelantikan dua Ahli MMKN baharu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Sepat Borhan Aman Shah dan Adun Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni dibuat, pada 17 September lalu.

Amirudin berkata Borhan diamanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi, Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan, manakala Mohd Zawawi pula menyandang portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal.

“Rombakan berkenaan bakal menyaksi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V Ganabatirau akan memegang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosioekonomi; Kebajikan Masyarakat; serta Pemberdayaan Pekerja; manakal ADUN Sri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud pula akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga.

“Dua portfolio Exco sedia ada dijenamakan semula iaitu Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar kini menjadi Perumahan dan Kesejahteraan Bandar manakala Jawatankuasa Tetap Kesihatan dikenali sebagai Kesihatan Awam. Ia bertujuan bagi cakupan yang lebih meluas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Perubahan itu bakal menyaksikan Amirudin akan memegang dua portfolio baharu iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembudayaan Inovasi & Smart Selangor dan Pengurusan Bencana Selangor, selain Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan dan Ekonomi, Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, Komunikasi Strategik dan Pendidikan.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, kedudukan empat Exco lain adalah dikekalkan dan pihaknya berharap penstrukturan berkenaan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Selangor melalui khidmat bakti terbaik ke arah merealisasikan agenda ‘Selangor Maju Bersama’.

Beliau berkata rombakan kecil portfolio baharu itu juga membabitkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar serta Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Hee Loy Sian.

Amirudin berkata, kedudukan empat Exco lain adalah dikekalkan dan beliau berharap penstrukturan berkenaan diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Selangor melalui khidmat bakti terbaik ke arah merealisasikan agenda ‘Selangor Maju Bersama’.

“Besarlah harapan saya agar penstrukturan ini dapat memanfaatkan seluruh warga negeri Selangor melalui khidmat bakti terbaik ke arah merealisasikan agenda Selangor Maju Bersama. Semoga Allah Azza Wa Jalla merahmati Selangor Darul Ehsan dan warganya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.