Mesyuarat khas MKN kini bersidang setiap hari

103

7 OKT: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan COVID-19 yang diadakan secara sidang video tengah hari tadi.

Berkongsi gambar mesyuarat berkenaan di akaun Facebook beliau sebentar tadi, kata Muhyiddin, mesyuarat ini akan bersidang setiap hari mulai hari ini.

Turut kelihatan dalam gambar berkenaan beberapa anggota Kabinet antaranya Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Selain menteri, antara pegawai kanan kerajaan yang terlibat mesyuarat berkenaan termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Mohd Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah.

Muhyiddin dan tujuh menteri yang menghadiri Mesyuarat Khas MKN di Bangunan Perdana Putra Sabtu lalu kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Ini berikutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turut hadir mesyuarat berkenaan disahkan positif COVID-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.