Kegagalan kerajaan Selangor tangani isu air memalukan

63

7 OKT: Kegagalan kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menangani faktor lapuk berhubung isu air didakwa punca sebenar krisis bekalan terus berulang.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Rizam Ismail berkata pencemaran air ini amat memalukan dan membuktikan Kerajaan Negeri Selangor lemah dalam pentadbiran urusan negeri.

Rizam Ismail

Menurut beliau, rakyat di Selangor menderita akibat krisis air bukannya pertama kali malah ia berlaku setiap tahun, bahkan ada yang juga terjadi pada setiap bulan.

“Perkara ini bukan kali pertama, ini sudah kerap berlaku dan saya kira ini menunjukkan kelemahan pentadbiran, pengurusan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari sedangkan Menteri Besar sendiri adalah sebagai ahli lembaga pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), jadi kita berharap agar tindakan ini segera diambil .

“Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian dan pihak PBT harus menambil tahu. Kalau mereka (Exco) tidak mampu, letaklah jawatan dan banyak lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang berkelayakan dan menjawat jawatan ini,” katanya seperti dipetik daripada laporan UMNO Online.

Dalam pada itu, Rizam turut mengharapkan agar pihak kerajaan negeri dapat memeriksa semula kilang-kilang di Selangor yang menyebabkan pencemaran sungai kerap berlaku.

Beliau turut menggesa agar Amiruddin memikirkan kesejahteraan rakyat marhaen dan mendengar rintihan akar umbi rakyat Selangor.

“Saya kira sudah tiba masanya Menteri Besar perlu melihat kembali kilang-kilang di negeri Selangor yang harus perlu diperiksa kembali sama ada kilang haram dan juga kilang-kilang yang menyebabkan pencemaran dan ini perlu dikaji semula.

“Menteri Besar dan Exco duduk di rumah besar, cuba fikir mereka yang tinggal di rumah flat dan sebagainya, bagaimana mereka hendak mengambil air? Cuba dengar rungutan rakyat? Ini bukannya isu politik, ini terang-terang isu rakyat, “katanya.

Tambah beliau, rakyat juga harus berani bertindak melontarkan ketidak puashati kepada kerajaan negeri agar mereka sedar masalah yang dihadapi rakyat.

“Saya juga berharap agar rakyat bangkit untuk memberi tekanan kepada kerajaan negeri supaya kerajan tahu bahawasanya hari ini pentadbiran mereka sangat lemah dan ia membebankan rakyat di kawasan pekan dan bandar.

“Adakah ini salah kerajaan terdahulu? Ini sudah berlaku sejak 10 tahun mereka memerintah,”katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.