46 kawasan mula terima bekalan air

29

7 OKT: Sebanyak 46 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya sehingga jam 6 pagi tadi manakala 228 kawasan masih dalam proses pemulihan.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, secara keseluruhan, 17 peratus daripada 274 kawasan yang terbabit dengan gangguan bekalan air yang tidak berjadual itu sudah pulih sepenuhnya.

“Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah Petaling Jaya (37 peratus) dan Kuala Langat (55 peratus) namun Hulu Langat, Sepang dan Putrajaya masih belum pulih langsung (0 peratus).

“Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau memberitahu, Air Selangor memohon kerjasama pelanggan yang sudah menerima bekalan agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.

“Air Selangor menyarankan pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.