Tengku Zafrul negatif, terus bekerja dari rumah

106

6 OKT: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan keputusan ujian saringan COVID-19 yang dilakukannya semalam adalah negatif.

Menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini, Tengku Zafrul berkata, keputusan ujian itu diterima beliau pagi tadi.

Katanya, beliau bagaimanapun akan terus bekerja dari kediamannya kerana masih perlu menjalani perintah pengawasan di rumah.

“Pagi ini saya telah menerima keputusan ujian saringan COVID-19.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif. Namun, saya akan terus berada di rumah menjalani pemantauan kesihatan (kuarantin) kendiri.

“Tugasan dan komitmen kerja juga akan diteruskan dari rumah. Terima kasih semua atas doa dan ucapan selamat,” katanya.

Semalam beliau turut menyatakan terbabit dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19.

Susulan itu, seperti yang dimita KKM, Tengku Zafrul akan menjalani kuarantin kendiri di rumah termasuk membuat ujian saringan COVID-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.