Tiada kerjasama dengan Anwar, DAP

1,356

5 OKT: Dakwaan mengatakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menggesa atau mahu bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP adalah palsu dan tiada asas sama sekali.

Pejabat Setiausaha Agung BN dalam satu kenyataan memaklumkan, sebaliknya Ahli Parlimen Ketereh itu sentiasa bertegas dan kekal berpegang kepada keputusan-keputusan dasar parti iaitu:

1) Menyokong kemasukan Ahli-ahli Parlimen ke dalam gabungan dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara en-bloc

2) Mengukuhkan Muafakat Nasional (MN)

3) Menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

4) Tidak bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP

“Berita bahawa Tan Sri Annuar menggesa atau mahu bekerjasama dengan Anwar dan DAP adalah palsu dan tiada asas sama sekali,” tegas kenyataan Pejabat Setiausaha Agung BN itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.