Punca pencemaran ditemukan di kawasan industri Nilai

74

5 OKT: Sejumlah bahan buangan dan sebatian organik yang berbauk busuk hampir menyamai bau yang menjadi punca Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas semalam telah ditemui pihak berkuasa.

Menteri Alam Sekiar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bahan tersebut ditemui di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Negeri Sembilan.

“Lokasi punca pencemaran telah dikenal pasti. Kawasan belukar di pinggir kawasan industri, Jalan Emas, Negeri Sembilan.

“Sejumlah bahan buangan dan sebatian organik telah dijumpai. Bau busuk hampir menyamai bau yang menjadi punca LRA Sungai Semenyih henti tugas semalam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Susulan pencemaran itu, sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas operasi di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan pada pukul 4.30 petang semalam.

Susulan penemuan itu, enam sampel tanah telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia.

Siasatan awal mendapati pencemaran bau itu mengalir ke Sungai Semenyih dari Sungai Batang Benar yang berhampiran dengan kawasan perindustrian itu.

Terdahulu Tuan Ibrahim berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan pagi tadi telah bermesyuarat dengan beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan.

“Empat kumpulan telah dibentuk bagi mengenal pasti punca pencemaran. Sebanyak 21 premis telah disenarai pendek untuk siasatan,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.