Malaysia harap AS terima penjelasan FGV

49

5 OKT: Malaysia berharap agar kerajaan Amerika Syarikat (AS) menerima penjelasan yang diberikan FGV Holdings Bhd (FGV) berhubung beberapa dakwaan pihak berkuasa negara tersebut sehingga membawa kepada sekatan import produk sawit daripada syarikat berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, FGV telah pun memberikan penjelasan bagi menjawab dakwaan tersebut.

“Ini bukan pertama kali isu itu dibangkitkan. Dalam sektor pembuatan, ia turut dibangkitkan dan kita telah memberi penerangan dan sebahagian masalah itu telah diselesaikan.

“Jadi, Malaysia berharap dengan penerangan yang diberikan, pihak AS akan menerima penjelasan dan menerima semula kemasukan semula produk keluaran FGV ke negara itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Rumah Pangsa Larkin, Johor Bahru, semalam.

Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed melawat Rumah Pangsa Larkin, Johor Bahru.

Beliau mengulas tindakan AS yang menyekat kemasukan produk syarikat berkenaan di pelabuhan mereka, baru-baru ini.

Beberapa hari lepas, Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan AS (CBP) dilaporkan berkata, sekatan terhadap produk-produk kelapa sawit daripada syarikat berkenaan adalah berdasarkan hasil siasatan dilakukan selama setahun.

Antara dakwaan agensi CBP adalah FGV menggunakan tenaga buruh paksa dan buruh kanak-kanak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.