Pelajar IPT terkandas dibantu pelbagai pihak

163

4 OKT: Pelbagai pihak termasuk ahli politik, individu dan agensi kerajaan tampil menghulurkan bantuan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terjejas akibat cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar pendaftaran secara fizikal pelajar baharu dan lama ditangguhkan mulai Jumaat lalu.

Antara ahli politik yang tampil menghulurkan bantuan ialah Setiausaha Agung UMNO merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta ramai lagi.

Ahmad dalam hantaran Facebook berkata, beliau berharap bantuan berkenaan dapat membantu meringankan beban siswa dan siswi dari kawasan Parlimen Pontian yang terjejas akibat penangguhan pendaftaran universiti awam (UA) secara bersemuka diumumkan KPT, kelmarin.

“Untuk siswa/i Dalam kawasan Parlimen #Pontian sahaja Sedikit bantuan akan diberi kepada yang terjejas akibat penangguhan pendaftaran UA secara bersemuka.

“WhatsApp nama penuh, alamat penuh, no IC, no HP, nama UA, salinan surat berkaitan daftar kepada Pegawai Khas saya Hj Rahim 017-7772693. Terima kasih,” katanya.

Ismail Mohamed Said

Sementara itu, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau bersedia menghulurkan bantuan sewajarnya kepada pelajar IPT yang terkandas berasal dari Kuala Krau secepat mungkin.

“Khas untuk anak-anak pelajar IPT dari Parlimen Kuala Krau yang terkandas, insya-Allah kita akan bantu sebaiknya. Kami sedia membantu mahasiswa dan mahasiswi yang terkandas.

“Kami dari Sukarelawan Anak Muda Parlimen Kuala Krau amat simpati dan prihatin bagi membantu mana-mana Mahasiswa dan Mahasiswi dari Parlimen Kuala Krau yang mana terkandas dengan perubahan jadual pergerakan pulang ke IPT masing-masing.

“Maka , mana mana Mahasiswa dari Parlimen Kuala Krau yang memerlukan bantuan boleh hubungi Azli: 019-9874148 dan Dieya 019-9706402,” katanya melalui hantaran Facebook.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, pelajar anak Baling yang terkandas dan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing boleh menghubunginya dan beliau akan usahakan yang terbaik untuk membantu.

Azeez Rahim

Mereka boleh menghubung Abdul Azeez sendiri di talian 019-3177777 atau 04-4701035 (Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling); 019-4129016 (Kupang); 019-4337016 (Kuala Ketil); 019-4355016 (Bayu); 013-4355006 (Cikgu Fakhrul) dan 016-8536387 (Cikgu Azlan).

“Bagi pelajar-pelajar yang terkandas di kawasan Lembah Klang pihak kami telah menyediakan perkhidmatan bas menghantar anda pulang ke Baling untuk kawasan Kuala Ketil, Kupang dan Bayu. Semoga Allah permudahkan urusan kalian semua,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook miliknya.

Masalah itu turut menyentuh hati ahli perniagaan merangkap pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk menyewakan bas sewa khas bagi membolehkan pelajar IPT terutama berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia kembali semua ke kampung halaman masing-masing.

Ebit terpanggil berbuat demikian kerana sayu apabila ramai pelajar pelbagai IPT menghantarkan mesej kepadanya untuk meminta bantuan.

“Disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada dalam talian. Ramai juga yang baru daftar. Sayu dan kasihan sangat pada mereka semua.

“Merekalah pemimpin masa depan. Macam anak kita sendiri. Saya tolong sewakan bas bagi free untuk mereka. Banyak pelajar yang DM saya.

“Yelah keadaan semasa negara COVID-19 meningkat dan membimbangkan. Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik-adik. Syukur dapat beri motivasi dan semangat pada pelajar dalam bas yang bergerak tadi. Teringat dulu masa susah di universiti,” katanya.

perak

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkataan, kerajaan negeri Perak menyediakan talian hotline siswa negeri Perak beroperasi seawal jam 9 pagi hingga 6 petang.

Sebarang aduan boleh dilakukan segera dengan menghubungi nombor di talian 012-6640846 atau menghantar e-mail ke [email protected]

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedia menghulurkan bantuan kewangan ke pelajar IPT di Wilayah Persekutuan susulan penangguhan pendaftaran kemasukan ke kampus bulan ini.

MAIWP berkata, IPT berkenaan diminta menghubungi pihaknya bagi memudahkan pelaksanaan penyelarasan penyaluran bantuan kepada penuntut yang memerlukan ekoran penangguhan itu.

“Penuntut yang memerlukan bantuan juga diminta menghubungi MAIWP bagi memohon Bantuan Zakat Kecemasan dengan menghubungi Baitulmal MAIWP di talian hotline 012-5183614/ 012-5127614.

“Selain itu, aplikasi Mobile Jejak Asnaf juga boleh digunakan bagi melaporkan pelajar yang memerlukan. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store,” kata MAIWP. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.