Melaka tangguh sambutan Hari Sukan Negara

20

SUSULAN keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mengambil ketetapan untuk menangguhkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN 2020) yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 Oktober 2020 (Sabtu) ke satu tarikh bersesuaian, sambutan Hari Sukan Negara 2020 Peringkat Negeri Melaka juga akan ditangguh ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.

Kesemua agensi-agensi kerajaan, sekolah-sekolah, mahupun persatuan-persatuan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti sukan di Melaka yang telah bercadang untuk menganjurkan sambutan bersama bagi merancakkan lagi sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka juga disarankan untuk mengambil langkah yang sama.

Keputusan penangguhan HSN 2020 ini dibuat setelah mengambil kira situasi peningkatan jumlah kes COVID-19 baru-baru ini dan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko penyebaran pandemik tersebut demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN
MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN

Adalah diharapkan agar semua penggiat sukan di Melaka sentiasa menjaga diri, kekal sihat dan aktif mengikut garis panduan standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KBS dan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan yang sedang berkuat kuasa.

Semoga rakyat Malaysia dan Melaka diberi kesihatan dan keselamatan serta terlindung daripada dijangkiti wabak COVID-19 ini.

DATUK MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN
Exco Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia & Sukan Negeri Melaka

Get real time updates directly on you device, subscribe now.