Kluster Kau Sing dan Embun dikesan

580

4 OKT: Kementerian Kesihatan mengenal pasti dua kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Kau Sing, Sabah dan Kluster Embun, Selangor, hari ini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Kau Sing dikenal pasti di Tawau, Sabah.

Beliau berkata. kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-10755) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 29 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 25 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah.

“Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam (6) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Daripada tujuh (7) kes yang dikesan positif, sebanyak lima (5) kes adalah warganegara Malaysia dan dua (2) kes bukan warganegara. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah.

“Sehingga 4 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 27 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah tujuh dikesan positif COVID-19; sembilan individu dikesan negatif; dan 11 individu masih menunggu keputusan, manakala punca jangkitan adalah masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.

Mengenai kes kluster Embun di Selangor, Dr Noor Hisham berkata ia dikenal pasti di Hulu Langat, Selangor dengan ke indeksnya iaitu kes ke-11147 membabitkan lelaki warganegara Malaysia berusia 41 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 29 September 2020.

Dr Noor Hisham berkata pesakit berkenaan kemudian dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan empat lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti.

“Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

“Sehingga 4 Oktober 2020, jam 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah termasuk lima dikesan positif COVID-19; 21 individu dikesan negatif dan 26 individu masih menunggu keputusan, manakala punca jangkitan adalah masih dalam siasatan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.