287 kes baru, angka harian tertinggi dalam sejarah

172

2 OKT: Sebanyak 287 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini yang merupakan angka harian tertinggi dilaporkan sepanjang wabak itu mula dikesan di Malaysia bermula awal tahun ini.

Daripada jumlah itu, Kedah mencatatkan angka tertinggi hari ini dengan 129 kes mengatasi Sabah yang melaporkan 113 kes.

Turut melaporkan jumkah yang besar ialah Selangor dengan 31 kes baru.

Sebanyak 128 kes di Kedah adalah dari kluster Tembok yang berlaku dalam penjara di Alor Setar manakala satu lagi kes di Kedah ialah kontak rapat kepada kes positif sebelum ini.

Keseluruhannya dua kluster baru dilaporkan dengan kedua-duanya di Selangor iaitu kluster Seri Setia (tiga kes) dan Seri Anggerik.

Kedua-dua kluster ini melibatkan kes indeks yang mempunyai sejarah perjalanan pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua 287 kes yang dilaporkan adalah penularan tempatan dengan sebanyak 20 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Katanya, ini menjadikan jumlah kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu adalah sebanyak 139 kes.

Beliau berkata, di Sabah, 52 kes dikesan hasil saringan bergejala, manakala 30 kes lagi dari kluster Benteng LD, lima kes kluster Bangau-Bangau, satu kes Laut, satu kluster Pulau dan yang lain-lain melibatkan saringan di faisiliti kesihatan yang turut membabitkan seorang petugas kesihatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini meningkat kepada 1,540 kes dengan 22 pesakit menerima dawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Adalah dimaklumkan tiada pertambahan kes kematian akibat COVID-19 hari ini. Justeru jumlah kumulatif kes kematian ialah 136 kes,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Kata Noor Hisham, 31 kes dikesan di Selangor hari ini dengan 13 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah, lapan kes dari kuster Seri Anggerik, tiga kes dari kluster Jalan Meru, satu kes dari kluster Seri Setia dan lain-lain membabitkan saringan fasiliti kesihatan, pusat tahanan dan sebelum pulang ke luar negara.

“Hari ini adalah angka harian tertinggi yang pernah dicattakan sejak pandemik ini dilaporkan di negara kita.

“Trend peningkatan ini yang KKM amat khuatiri dan sering diperingatkan setiap hari kepada semua pihak yang juga selari dengan peningkatan kes di seluruh dunia,” tegasnya.

Negeri-negeri lain yang turut melaporkan kes hari ialah Perak (tiga), Terengganu (tiga), Negeri Sembilan (dua), Kelantan (dua), Kuala Lumpur (satu) Johor (satu), Pahang (satu) dan Labuan (satu).

Kes positif COVID-19 di negara ini kini berjumlah 11,771 kes.

Angka harian tertinggi pernah dilaporkan ialah 277 kes pada Jun, yangs ebahagian besar milbatkan saringan dalam sebuah depoh imigresen. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.