Remaja Palestin parah ditembak tentera Zionis

48

1 OKT: Seorang remaja Palestin cedera parah akibat ditembak tentera rejim Zionis Israel di pekan Surif, berhampiran al-Khalil.

Memetik laporan Palestinian Information Center, tentera rejim melepaskan tembakan terhadap sekumpulan penduduk di Qurainat dan mencederakan remaja lelaki berusia 16 tahun itu pada dadanya.

Mangsa yang dalam keadaan kritikal kemudian dihantar ke Hospital Ahli di al-Khalil.

Sementara itu, tentera rejim Zionis Israel menyerbu kawasan al-Daher di Beit Umar, berhampiran penempatan haram Karmei Tzur dan bertembung dengan pemuda-pemuda tempatan.

Gas pemedih mata dilepaskan sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan penduduk yang bersembunyi di dalam rumah masing-masing mengalami kesukaran bernafas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.