Melonjak 260 kes, empat kluster baru

785

1 OKT: Sebanyak 260 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini di seluruh negara yang merupakan angka harian tertinggi dilaporkan untuk satu tempoh kebekalangan ini.

Daripada jumlah itu, Sabah dan Kedah mencatatkan angka tertinggi, masing-masing sebanyak 118 kes dan 98 kes yang turut melibatkan kluster baru.

Keseluruhannya empat kluster baru dilaporkan masing-masing satu di Kedah, Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Selain itu, 259 daripada 260 kes yang dilaporkan adalah penularan tempatan dengan sebanyak 31 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, di Sabah, kluster Laut mencatatkan kes baru tertinggi dengan 74 kes diikuti kluster Benteng LD (10) dan kluster Bangau-Bangau, sembilan.

Katanya, di Kedah pula, 88 daripada 98 kes yang dikesan hari ini adalah dari kluster Tembok.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini meningkat kepada 1,334 kes dengan 20 pesakit menerima dawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Adalah dimaklumkan tiada pertambahan kes kematian akibat COVID-19 hari ini. Justeru jumlah kumulatif kes kematian ialah 136 kes,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Kata Noor Hisham, satu-satunya kes import yang dilaporkan hari ini adalah melibatkan penularan dari United Kingdom.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.