KKM minta Zuaraida kuarantin rumah 14 hari

112

1 OKT: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediamannya meskipun dua ujian saringan COVID-19 dilakukannya adalah negatif.

Setiausaha Politiknya Nor Hizwan Ahmad berkata, Zuraida telah menjalani ujian swab di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) setelah pulang berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September, di mana keputusannya negatif.

Keesokannya, Zuraida menghadiri program di Langkawi pada sebelah pagi dan pulang petang, dan kemudian menghadiri program Malaysia Urban Forum di Kuala Lumpur pada 28 September.

“Setelah dimaklumkan bahawa terdapat satu kes positif COVID-19 dalam program di Langkawi, beliau (Zuraida) sekali lagi menjalani ujian swab pada 29 September dan keputusannya juga negatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Hizwan berkata, Zuraida kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti saranan Kementerian Kesihatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.